Sunday, July 8, 2018

MB PRESIDEN BOLA BARU

MB PRESIDEN BOLA BARU
8 Julai 2018 AHAD dr Terengganu

Susulan Mesyuarat Kongres Luar Biasa, EGM 2018 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT, mengumumkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar adalah Presiden baharu PBSNT, menggantikan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkuatkuasa SEMALAM.

Kata Dr. Ahmad Samsuri, beliau akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dalam masa terdekat ini, termasuklah mengenai pengisian kekosongan jawatan Timbalan Presiden 1.

Beliau juga akan mencari pendekatan serta kaedah terbaik dalam mengurangkan pembabitan ahli politik dalam sukan bola sepak di Terengganu dalam tempoh beberapa tahun ini.

Selain menyerahkan perkara tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah untuk tindakan selanjutnya.:

Demikian kata Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri selepas ditemui media selepas hadir pada Majlis Perasmian Pembukaan Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsan 2018 yang disempurnakan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, di Kuala Nerus.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Abdullah Taib.

Sementara itu pada Korobori yang diadakan selama lima hari ini, hampir 7-ribu ahli pengakap dari sekolah-sekolah kebangsaan di Terengganu dan seluruh negara berkumpul sejak 6 haribulan iaitu SEMALAM.

Program julung kali diadakan ini juga adalah usaha memupuk semangat perpaduan, kerjasama, jati diri dan berdikari dengan semangat juang yang tinggi, disamping amalan hormat menghormati serta tolong menolong antara satu sama lain. 

0 comments:

Post a Comment