Thursday, June 8, 2017

ASROL KEMBALI PERKUAT T-TEAM

T-Team, melengkapkan kemasukan tiga pemain tempatan pada jendela perpindahan kali ini.

Mereka ialah bekas pemain T-Team pemain tengah, Mohd Asrol Ibrahim 30, ketua pasukan MISC MIFA Ooi Shee Keong 26 dan pemain sayap Melaka United Syed Sobri Syed Muhamad 23,
Asrol kembali hanya selepas enam bulan membuat keputusan meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Terengganu.
Tonggak utama T-Team pada musim lalu itu bagaimanapun gagal menambat hati Irfan Bakti Abu Salim, sebaliknya hanya memanaskan bangku pemain simpanan.

Ketiga-tiga pemain itu menandatangani kontrak setahun bersama T-Team, semalami, disaksikan pengurus pasukan, Datuk Mohamad Kamil Othman.

Kehadiran mereka sudah pasti mampu memperkemaskan pasukan T-Team kerana ketiga-tiganya merupakan antara pemain terbaik liga Malaysia.

0 comments:

Post a Comment