Sunday, February 11, 2018

Terengganu Curi Mata Selangor


Terengganu Curi Mata Selangor


Barisan pemain Terengganu Football Club

11 Februari - LIGA SUPER 2018 menyaksikan Selangor tewas 1-4 di tangan Terengganu FC (TFC) yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu semalam.

Bermain di hadapan 10,000 penyokong yang hadir  memberi suntikan semangat kepada pemain TFC dengan memberi serangan merbahaya kepada pasukan lawan bermula dari awal perlawanan.

Skuda kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang  mencatat keputusan seri  1-1  dalam dua perlawanan awal menjadi titik pemula terhadap permainan sebenar sekaligus  menjadikan Red Giants sebagai mangsa pertama Liga Super musim ini.

Gandingan pemain tengah Lee Andrew Tuck dan Tchetche Kipre berjaya mengucar-kacirkan benteng Selangor yang pada awalnya  kental bertahan.

Jaringan yang ditunggu akhirnya tiba pada minit ke-32 menerusi Lee Tuck hasil sepakan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Norazlan Razali.

Selangor cuba melakukan serangan balas namun keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.



Mohd Shahrul Aizad Zukufli menambah jaringan tuan rumah di babak kedua pada minit ke-59 selepas berlaku situasi kelam kabut yang gagal diselamatkan oleh Norazlan. Seterusnya TFC terus menggandakan asakan menerusi percubaan dan berjaya menghasilkan gol ketiga melalui Kipre yang menyudahkan hantaran Lee Tuck minit ke-65.

Selangor, anak buah P.Maniam mendapat peluang untuk mencipta gol namun percubaan pemain mereka tidak menepati sasaran.

Lee Tuck melengkapkan malam gemilang pasukan TFC apabila melakukan jaringan cantik selepas tendangan jarak jauh dari kawasan tengah padang mengelirukan Norazlan yang sudah tertewas.

Amri Yahya menyumbangkan jaringan tunggal pelawat menewaskan penjaga gol Mohd Suffian Rahman minit ke-89. Sementara itu persembahan yang ditunjukkan oleh pemain terbaik perlawanan Lee Tuck mendapat pujian penyokong yang hadir dan berharap pemain itu terus memberi sumbangan buat pasukan.

TFC kini mengumpul 5 mata dan berada di kedudukan keempat selepas tiga perlawanan manakala Selangor turun di tangga ketiga.


By : Saliza Ismail
Sumber gambar : Terengganu.news

0 comments:

Post a Comment