This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, January 28, 2018

Jersi, logo Terengganu Football Club berwajah baharu

Jersi, logo Terengganu Football Club berwajah baharu

KUALA TERENGGANU - 28 JANUARI 2018

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah melancarkan jersi dan logo baharu pasukan Terengganu dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak malam ini.
Dalam program itu juga turut diperkenalkan para pemain musim 2018 pasukan bola sepak Terengganu FC 1, Terengganu FC II, Terengganu FC III, Terengganu IV dan Terengganu FC VI.
Hadir sama EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Mohd Jidin Shafee.
Laman media rasmi Terengganu Football Club untuk Facebook, Twitter, Instagram dan portal turut dilancarkan.
Ahmad Razif juga mengumumkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super musim ini dikekalkan pada harga RM10 (terbuka) dan RM20 (berbumbung).
Logo baharu TFC direka oleh anak Terengganu Mohd Hanif Razali dan jersi dicipta oleh Muhammad Irwan Mahamood yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh PBSNT pada akhir tahun lalu.

Sedia tiket online bagi aksi TFC

Sedia tiket online bagi aksi TFC

KUALA TERENGGANU - 28 JAN 2018


Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah memperkenalkan sistem tiket online bagi memberi kemudahan kepada penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Terengganu Football Club (TFC) pada musim ini.
Presidennya, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, untuk permulaan sebanyak 2,000 keping tiket akan disediakan dalam setiap aksi TFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu.
Hadir sama EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Mohd Jidin Shafee.
Menurut Ahmad Razif, PBSNT menyasarkan satu piala diraih pada tahun ini dan berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain TFC.
Sementara itu bagi ketua jurulatih TFC Haji Irfan Bakti Abu Salim memberitahu terpaksa melakukan sedikit rombakan selepas seorang tonggak import dari Korea mengalami kecederaan serius dan terpaksa digantikan.

Monday, January 22, 2018

TFC CARI PEMAIN BAHARU


Kuala Terengganu 22 Jan 2018 


Persiapan menjelang persaingan Liga Super 2018 awal Februari ini.

Bekas penyerang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, PKNP FC musim lalu, Kim Hyeow Woo yang kini bermain untuk pasukan Terengganu FC musim terbaharu ini, kemungkinan diganti.

Apabila pemain berasal dari Korea Selatan itu dilaporkan mengalami kecederaan lutut yang agak serius dan dijangka pulih dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.

Sekaligus meninggalkan lompong kekosongan kuota pemain import Asia buat pasukan Terengganu FC, sehingga pertengahan musim kali ini.  

Perkara tersebut diakui Ketua Jurulatih Terengganu FC, Haji Irfan Bakti Abu Salim selepas ditanya pihak media berkenaan status pemain berusia 28 tahun itu.

Ekoran tidak diturunkan dalam kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru merebut Piala Menteri Besar Terengganu yang berakhir pada Selasa.

Menurut Haji Irfan, Kim Hyeow mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi pada perlawanan persahabatan kedua di Kemboja baharu-baharu ini.

Beliau berkata demikian selepas mengendalikan Terengganu FC menghadapi tentangan pasukan adik, Terengganu FC II dalam perlawanan akhir merebut Piala Menteri Besar Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pada perlawanan ini, Terengganu FC berjersi hitam putih muncul selaku juara kejohanan edisi pertama apabila menundukkan TFC DUA dengan jaringan 4-2.  

Dua gol disumbangkan pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 dan gerakan balas pada minit ke-67.

Sementara dua lagi gol sang penyu ini, masing-masing dijaringkan oleh Abdul Malik Mat Ariff dan Mohd Faiz  Mohd Nasir pada minit ke-16 dan 64 permainan.

Manakala dua gol Terengganu FC DUA pula diperolehi menerusi jaringan awang import mereka, Bruno Junichi Suzuki dan Akanni Sunday Wasiu pada babak separuh kedua di minit ke-73 dan 88.

Selaku juara, Terengganu FC menerima wang tunai 50-ribu ringgit berserta piala pusingan dan medal.

Majlis Penyampaian hadiah kemenangan ini disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri, PBSNT.

Terdahulu pemain tengah Terengganu FC, Lee Andrew Tuck turut diumumkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir.

Sementara itu selaku naib juara edisi kejohanan, Terengganu FC DUA yang dibimbing ketua jurulatih Mustafa Kamal Abdul Wahab menerima wang tunai 30-ribu ringgit berserta medal.  

Kejohanan berlangsung selama 6 hari itu turut melibatkan dua pasukan Liga Super 2018, Pahang FA dan Melaka United.  

Tuesday, November 21, 2017

LIGA SUPER 2018: TERENGGANU BERUBAH WAJAH

KUALA TERENGGANU 21 NOV 2017


Desas-desus kedudukan kedua-dua pasukan Terengganu FA dan pasukan kelab T-Team dalam Liga Super 2018 akhirnya terjawab HARI INI.

Apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan hanya akan mempertaruhkan satu  pasukan  sahaja dari Terengganu, beraksi di Liga Super dan satu lagi pasukan akan berentap di Liga Premier musim depan.

Masing-masing akan menggunakan nama baharu iaitu Terengganu Football Club FC Satu, dan Terengganu FC Dua.

Jelas Dato’ Seri Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu, keputusan tersebut dibuat selepas memperolehi persetujuan bersama para ahli gabungan persatuan, ketika mempengerusikan Kongres Tahunan PBSNT 2017 secara tertutup di Batu Burok Kuala Terengganu.

Selain turut bersetuju untuk mengkomersilkan persatuan itu dengan menubuhkan syarikat diatas nama Terengganu Football Club Sendirian Berhad, bagi mentadbir dan menguruskan perjalanan kewangan lima buah kelab Terengganu FC yang bakal diwujudkan nanti.

Sementara PBSNT pula akan terus memainkan peranannya dalam aspek pembangunan bola sepak negeri, termasuklah meningkatkan lagi aspek pengurusan serta kejurulatihan.

"Sistem yang kita gunakan adalah sistem dalam konsep feader dan kita wujudkan lima pasukan berasaskan feader. Bermula daripada Terengganu FC yang bertindak sebagai parent kepada team atau pasukan lain".

Menurut Dato’ Seri Ahmad Razif, pemain terbaik dari kedua-dua pasukan akan digabungkan dalam pasukan Terengganu FC satu, dibawah kendalian ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim.

Manakala T-Team yang bertukar nama kepada Terengganu FC Dua pula menjadi skuad kedua bersaing dikancah liga Premier, dengan dibarisi para pemain tempatan serta beberapa pemain pelapis terbaik dari skuad Piala Presiden.:

"Konsep kita ni tak mahu sailo, mahu gabung, bila gabung di sini pastinya akan memberi satu kekuatan kepada kita dan yang penting sekarang boleh jimat belanja. Kita nak pastikan T Team betul-betul feader yang melatih anak-anak Terengganu".

Pemohonan pertukaran nama pasukan tersebut akan dihantar kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia ,FAM dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia, FMLLP tidak lama lagi.

Penjenamaan semula pasukan Terengganu FC itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahukan perubahan tranformasi dilakukan terhadap pengurusan bola sepak negeri itu, dalam usaha kembali menjadi pasukan digeruni dalam dunia bola sepak tempatan.