Sunday, April 2, 2017

SUKU AKHIR PIALA FA 2017

TERENGGANU SEKADAR SERI 1-1



Terengganu gagal manfaat bermain di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu,

Sekali gus memberi sedikit kelebihan kepada Sarawak yang bakal melayan kunjungan Terengganu di Kuching bagi saingan Kedua Suku Akhir 21 April nanti.

Pada awal permainan, tuan Rumah terlebih dahulu mengasak melalui sepakan sudut pertama diperolehi pada minit ke-3 yang diambil Mohd Faiz Mohd Nasir, tetapi berjaya dipatahkan barisan pertahanan pelawat.

Keadaan padang basah ekoran hujan sebelum permainan berlangsung tidak begitu menjejaskan rentak kedua-dua pasukan apabila saling  mengatur strategi mengasak ke kubu lawan.

Sarawak berjersi Hijau  memperolehi peluang terbaiknya pada minit ke-9 menerusi rembatan Mateo Roskam di dalam kotak penalti tuan rumah.

Namun bola rembatan penyerang import pelawat itu terkena kaki pemain barisan pertahanan, Lazaro Vinicius yang juga turun selaku kapten Terengganu pada perlawanan ini.

Manakala Terengganu memperolehi peluang terbaik membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi Mohd Ridzuan Mohd Razali, tetapi rembatan pemain itu hanya melintasi di hadapan depan gawang pelawat.

Seminit kemudian, Mohd Faiz turut berpeluang mencetak jaringan melalui rembatan dari luar kotak penalti, tetapi di sebelah kiri pintu gol pelawat yang dikawal bekas penjaga gol T-Team, Mohd Shahril Saari.

Gol yang di cari tuan rumah, akhirnya berhasil apabila penyerang kelahiran Argentina, Federico Falcone menanduk masuk gol berpunca hantaran silang Mohd Ferris Danial Mat Nasir pada minit ke-20.

Selepas jaringan itu, skuad peteh Terengganu Peteh semakin bernafsu apabila terus mengasak kubu pelawat menerusi rangkaian penyerang, Falcon, Muhad Ferris Danial dan Mohd Ridzuan, tetapi skuad Bujang Senang kental bertahan sehingga wisel penamat babak pertama ditiupkan pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abd Wahab

Sebaik separuh masa babak kedua perlawanan dimulakan, pelawat hanya mengambil masa 7 minit bagi menyamakan kedudukan satu sama menerusi pemain tengah, Jong Ho Le, yang mudah merembat masuk gol penyamaan, hasil kelam kabut dalam kotak penalti Terengganu.

Kedudukan Satu Sama itu kekal sehingga tamat perlawanan, walaupun tuan rumah dilihat lebih banyak mengasak bagi mencari gol kedua, terutama dalam 10 minit terakhir perlawanan.
                                                                                                              
Keputusan lain  : 

Pahang 3 - 1 JDT
Kedah 6 - 1 PKNP FC
Sabah 0 - 1 Negeri Sembilan

0 comments:

Post a Comment