Monday, June 19, 2017

DUA IMPORT BARU PERKUAT SKUAD PENYU

KUALA TERENGGANU 



Kehadiran dua awang import baharu  yang diikat skuad Terengganu pada jendela perpindahan dan pertukaran pemain pada pertengahan musim 2017, iaitu Tchetche Hermain Brice Kipre (Kipre Tchetce-Ivory Coast) dan Gabriel Davis Dos Santos dari Brazil. 

Dilihat mampu memberi impak positif terhadap ketajaman barisan jentera hadapan skuad Peteh dalam saingan baki Liga Perdana dan Piala Malaysia musim ini.

Perkara itu diakui Ketua Jurulatihnya Haji Irfan Bakti Abu Salim selepas menurunkan mereka dalam dua aksi persahabatan sebelum ini, iaitu ketika menentang Felda United pada 14 haribulan dan Pahang, sabtu lalu.

Walaupun pada perlawanan tersebut skuadnya tumpas di tangan Felda United, DUA-SATU dan seri TIGA SAMA menentang Pahang, di gelanggang lawan.

Beliau tetap berpuashati dengan corak persembahan kedua-dua pemain tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT di Hotel Primula Beach, Batu Burok Kuala Terengganu.

Turut hadir Timbalan Presiden PBSNT yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Sementara itu bagi pemain penyerang improt Kipre Tchetche berusia 29 tahun dari Ivory Coast, walaupun tampil buat pertama kali dalam kancah aksi liga bola sepak Malaysia.

Selaku pemain berpengalaman yang sebelum ini pernah beraksi dalam liga Oman, kelab Al-Suwaiq, pastinya mahu memberikan persembahan terbaik untuk membantu pasukannya diwakilinya kini Terengganu.

Dalam pada itu, Terengganu turut mengikat tiga lagi pemain tempatan, Mohamad Ridzuan Abdunloh Pula dari Felda United, Azi Sharil Azmi-Felcra FC dan Mohd Faizal Mohd Yusof, penjaga gol Sungai Ara FC berasal dari Perlis.

Skuad Peteh dijadual berdepan Johor Darul Tadzim, JDT II  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada 30 haribulan ini dalam kempen Liga Perdana. 

0 comments:

Post a Comment