Wednesday, July 26, 2017

TERENGGANU 2-2 NEGERI SEMBILAN



KUALA TERENGGANU 25 JULAI 2017
Perlawanan tumpuan antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu malam tadi berakhir dengan keputusan seri dua sama.

Terdahulu perlawanan terpaksa ditangguhkan sepak mula selama 35 minit disebabkan hujan lebat.

Pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Jonathan William Behe apabila berjaya menolak cantik menewaskan penjaga gol Terengganu Mohd Suffian Rahman di minit ke – 38.

Dua minit kemudian Tuan rumah dihukum lagi, sekali lagi gol menerusi Jonathan William Behe apabila bola berpunca dari sepakan sudut bijak disempurnakan untuk menjadikan kedudukan pasukan pelawat mendahului 2-0 untuk separuh masa.

Babak kedua anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim memperkemaskan permainan dan berjaya mendapat gol pertama menerusi Kipre Tchetche diminit ke-47 bagi menjadikan kedudukan 1-2. 

Kelebihan pasukan pelawat bagaimanapun berkecai apabila Terengganu menemui gol penyamaan dalam masa tambahan, sekali lagi menerusi Kipre Tchetche untuk kedudukan dua sama dan kekal hingga ke wisel penamat. 

Keputusan itu meletakan Terengganu di tangga kedua liga mengumpul 38 mata dibelakang pendahulu, Kuala Lumpur yang turut mengumpul mata yang sama setelah menewaskan PDRM 3-0.

Keputusan lain: MISC MIFA 6-3 Kuantan FA, UiTM FC 2-1 ATM, Sabah 1-1 JDT II.

0 comments:

Post a Comment