PERINGKAT KE-2 JERTIH-GRIK
Peringkat kedua hari ini dari jetih ke Grik dimenangi pelumba United HealthCare, Travis McCabe dengan catatan masa 5 jam, 4 minit 41 saat meninggalkan Filippo Pozzato dari pasukan Willer Triestina di tempat kedua diikuti McCabe.
Pasukan Data mula menunjukkan belang sebenar mereka sebagai pilihan utama pada edisi kali ini apabila pelumbanya, Ryan Gibbons merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan selepas berakhir peringkat kedua dari Jerteh ke Gerik hari ini.
Pada peringkat perlumbaan paling panjang membabitkan jarak 208.1 kilometer itu, Gibbons yang membuat penampilan pertama dalam LTdL hanya menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuk menyingkirkan pemegang jersi kuning terdahulu, Scott Sunderland dari pasukan Isowhey Sports Swisswellness yang tercicir jauh di belakang.
Pelumba TSG yang paling cemerlang ialah Mohamad Sharul Mat Amin yang berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan catatan masa 5jam 04minit 41saat
Peringkat ketiga esok dari rawang ke Pantai remis sejauh 118.0kg merupakan laluan terpendek cabaran LTDL kali ini.
0 comments:
Post a Comment