Tunku Ismail Sultan
Ibrahim menjadi pilihan untuk memenangi pertandingan Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM), selepas mengesahkan untuk bertanding pada Kongres FAM Ke-53 pada 25 Mac ini.
Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu
akan ditentang Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar
Musa, calon pertama yang menyerahkan borang pencalonan.
Pertandingan Presiden FAM sebelum ini diramal
sengit apabila Khairy Jamaluddin turut mencabar kerusi panas No. 1 FAM itu. Namun Menteri Belia dan Sukan itu memberi laluan kepada TMJ.
Meninggalkan Annuar sebagai calon
tunggal untuk menentang TMJ menjadikan pemilihan lebih mudah diramal.
Malah, ada ahli gabungan yang turut meramalkan
Annuar mungkin menarik diri sebelum pertandingan kerana setiap calon dibenarkan
untuk berundur sehingga hari pemilihan.
Dua tahun lalu, Tunku Ismail turut bertanding
Presiden FAM, namun tewas kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Annuar pernah menyandang jawatan Timbalan
Presiden FAM bagi penggal 2010-2014 selepas menerima 23 undi daripada
perwakilan namun digantung oleh badan induk itu selama 30 bulan mulai April 2012.
0 comments:
Post a Comment