Sunday, March 12, 2017

PIALA FA 2017

TERENGGANU MENEWASKAN TTEAM 1-0






















Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan Adik Abang, T-Team menentang Terengganu FA yang berkesudahan,.. Sang Penyu layak ke Suku Akhir, dengan 1 gol yang dijaringkan Luftulla Turaev pada minit-minit akhir tambahan masa.

T-Team yang turun selaku tuan rumah memperolehi peluang pertama dengan menguji penjaga gol Terengganu, Muhamad Syazwan Yusoff.

Namun tendangan leret Dilshod Sharofetdinov yang berada berhampiran garisan tepi pintu gawang terus kedakapan Muhamad Syazwan.

Manakala tendangan pemain Terengganu, Muhamad Ferris Danial Mat Nasir dari luar kotak penalti pada minit ke-25 turut mencemaskan kubu tuan rumah, apabila sedikit tersasar ke sebelah kiri pintu gol The Titans.

Gawang  dikawal Muhamad izzuddin Hussin turut diuji Luftulla Turaev pada minit ke-44 dari luar kotak penalti dan penjaga gol berasal dari Kuala Berang itu berjaya menangkap dengan kemas percubaan tepat berkenaan.

Malah pada separuh masa pertama tiada sebarang gol dihasilkan, selain menyaksikan kedua-dua pasukan turut mempamerkan aksi seimbang dan saling melakukan asakan serta serangan balas.

Di babak kedua, Terengganu terlebih dahulu mencipta peluang apabila tandukan Turaev sedikit tersasar dari pintu gol T-Team selepas menerima bola hantaran Mohd Faiz Mohd Nasir melalui  tendangan sudut.

Manakala T-Team turut memperolehi peluang terbaik seminit kemudian hasil dari gerakan balas, percubaan Farhod Tadjiev luar kotak penalti ditepis Muhamad Syazwan.

Pada minit ke-62, T-Team terpaksa beraksi 10 pemain apabila Muhamad Azalinullah Alias dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abdul Wahad selepas didakwa mencetuskan ketegangan dengan Muhamad Firdaus Fauzi yang turut menerima kad kuning.

Selang lima minit kemudian, berlaku pula berlaku aksi tegang dan perlawanan terhenti hampir 3 minit apabila pemain Terengganu, Muhamad Firdaus didakwa dengan sengaja melakukan provokasi menghantuk kepala Mohamad Arif Fadzillah Abu Bakar.

Insiden berlaku dihadapan bangku simpanan T-Team itu menyaksikan Mohamad Firdaus dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus diperintahkan keluar padang pada minit ke-70, manakala Mohamad Arif pula menerima kad kuning 

Selain itu dua pegawai pasukan T-Team turut diperintah meninggalkan bangku simpanan kerana didakwa meluru masuk ke padang.

Iaitu Penolong Pengurus Mohd Sabri Abas dan Penolong Jurulatih Mohd Azahari Salim.

Sementara itu, Kedua-dua pasukan ini juga terpaksa bermain dalam tambahan masa selepas terikat tanpa sebarang jaringan dalam masa sebenar.

Permainan seakan-akan berakhir dengan penalti ini dikejutkan dengan gol kemenangan menerusi tandukan Turaev pada minit ke-120, selepas mendapat hantaran pemain gantian,  Muhamad Hafizal Mohamad.

Gol pada minit-minit akhir itu membolehkan pasukan bermain di Liga Perdana dibawah dibimbing ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim ini melangkah ke Suku Akhir Piala FA. 

Sementara itu, bagi ketua Jurulatih T-Team, Rachmat Darmawan akur dengan keputusan tersebut apabila menyaksikan pasukan dibimbingnya tersingkir di suku ketiga selepas mengharungi perlawanan hampir 120 minit.

Malah beliau dan juga Irfan Bakti juga percaya, beberapa insiden tegang dan panas malam tadi tidak akan menjejaskan moral serta semangat kesukanan antara pemain dan pegawai dari kedua-dua pasukan adik beradik dari pantai timur itu.

0 comments:

Post a Comment