Thursday, February 1, 2018

Yakin TFC mampu mencabar pasukan Liga Malaysia – Kelab PETEH

Yakin TFC mampu mencabar pasukan Liga Malaysia – Kelab PETEH


Pemain Terengganu Football Club (TFC) bersama Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak petang semalam.Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) yakin pasukan Terengganu Football Club (TFC) mampu memberi saingan dan menjadi antara pasukan yang mencabar dalam Liga Malaysia musim ini.
Pengerusinya, Dato’ Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata dengan penjenamaan semula TFC akan memberi semangat kepada pasukan dan penyokong setia Terengganu.
‘Penjenamaan semula TFC adalah langkah yang bijak oleh kepimpinan yang diketuai Presiden PBSNT dan ia menimbulkan harapan baru kepada peminat khususnya anak muda untuk melihat pasukan kesayangan mencapai kejayaan’.
‘Kita berharap transformasi ini akan memberi suntikan semangat baharu kepada pasukan seterusnya mencapai kejayaan dan membawa pulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan seperti yang dihasratkan oleh PBSNT’.
‘Peteh juga menyambut baik keputusan PBSNT mengekalkan harga tiket yang akan menarik lebih ramai penyokong ke stadium untuk memberi sokongan’ katanya selepas majlis sesi bertemu pemain pasukan TFC di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak petang semalam.
Hadir sama Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH), Wan Mohd Azmi Wan Ngah dan Ketua Jurulatih TFC Haji Irfan Bakti Abu Salim.
Sementara itu Kelab Peteh mensasarkan keahliah kelab itu mencapai 1,000 pada tahun ini dan merancang pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahlinya.
‘Dalam Peteh seramai 300 ahli didaftar pada ketika ini dan kami meletakkan sasaran sebanyak 1,000 ahli pada tahun 2018 dan kami akan membuat pelbagai aktiviti bersama ahli di seluruh daerah Terengganu’.
‘Dari semasa ke semasa kami sentiasa berusaha tarik minat orang muda menyertai Peteh termasuk promosi melalui media sosial dalam menzahirkan sokongan untuk pasukan kesayangan kami‘, tambahnya. – Sumber Terengganu.news

0 comments:

Post a Comment