Monday, April 17, 2017

LIGA SUPER : T-TEAM BENAM KEDAH 5-0








Perlawanan antara T-Team dan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu berkesudahan tuan rumah melakar kemenangan bergaya, 5 - 0.

Pada aksi malam tadi, pasukan pelawat dibawah kendalian ketua jurulatihnya Tan Cheng Hoe dilihat agak agresif diawal perlawanan apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah bagi mencari gol pertama perlawanan.

Namun berjaya dipatahkan jentera pertahanan T-Team diketuai kaptennya Mohd Hasbullah Awang.
Malah serangan pertama dilancarkan tuan rumah pada minit ke-9 berpunca gerakan pemain sayap Mohd Nor Hakim Hassan terus ke Mamadou Samassa dalam kotak penalti yang kemudiannya singgah ke kaki Dilshod Sharofedinov, yang tidak melepaskan peluang meledakan gol pertama T-Team.

Pada minit ke-30 perlawanan terhenti seketika selama 4 minit selepas pasukan Kedah memprotes tindakan pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman, melayangkan kad merah kepada pemain sayapnya, Mohd Rizal Mohd Ghazali kerana didakwa mengasari Muhamad Fakhrurazi Musa yang turut dilayangkan kad kuning ekoran melakukan provokasi fizikal terlebih dahulu.

Pada minit ke-35 tendangan percuma diambil Mohd Fitri Omar hampir mengegarkan gawang tuan rumah apabila penjaga gol T-Team, Mohd Hafidz Romly gagal menangkap kemas bola sepak percuma itu.

Di minit ke-36 tuan rumah memperolehi gol kedua juga menerusi gerakan balas yang disempurnakan oleh Mohd Nor Hakim.

Kedah yang cuba merapatkan jurang, nyaris memperolehi gol pertama mereka pada masa tambahan sebelum rehat.
Namun rembatan Sandro Da Silva ditepis Mohd Hafidz.

Serangan tuan rumah kemudiannya pula menghasilkan gol ketiga apabila hantaran ke belakang Farhod Tadjiev ke dalam kotak penalti, berjaya di sempurnakan Mamadou Samassa sebelum rehat babak separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bermula, Kedah kembali mengatur asakan ke kubu tuan rumah dan memperolehi peluang terbaik pada minit ke-54 apabila sepakan lambung Mohd Syazwan diluar kotak penalti terkena palang.
Pada minit ke-49, gawang pelawat di kawal Muhammad Ifwat Chek Kassim sekali lagi bocor untuk gol ke-4 T-Team.

Empat minit kemudian, pemain bernombor jersi 11 ini melakarkan hatrik, untuk gol kelima pasukannya, juga menerusi gerakan yang hampir sama.

Kedudukan jaringan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan  Suresh Jayaraman. T-Team 5, Kedah Kosong.


KEPUTUSAN LAIN :   JDT 2 -1 PKNS FC, Pahang 2-2 Selangor, Pulau Pinang 1-5 Kelantan,

                                     Melaka United 1-1 Felda united,  Sarawak 3-3 Perak

0 comments:

Post a Comment