Wednesday, April 19, 2017

THE POCKET ROCKETMEN TERIMA PENGHARGAAN

KUALA TERENGGANU 19 April :



Kepulangan Raja Keirin Dunia Azizulhasni Awang ke Terengganu disambut ribuan peminat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus.

Sambil menyarung Jersi Pelangi iaitu jersi tradisi sebagai tanda selaku Juara Dunia bagi Persekutuan Berbasikal Dunia UCI ketibaan beliau turut disambut oleh ibu dan bapanya.

Sejurus selepas itu The Pocket Rocketman diarak dengan kenderaan pacuan empat roda sejauh 12 kilometer bersama-sama pengayuh dari pelbagai kelab berbasikal di seluruh Terengganu menuju ke Wisma Darul Iman.

Sepanjang perarakan para peminat dan pelajar sekolah begitu teruja untuk bertemu Azizul sambil kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri dikibarkan.

Sebagai penghargaan kepada Juara Dunia Acara Keirin 2017 di Hong Kong minggu lalu, Azizulhasni Awang dihadiahkan insentif sebanyak 200 ribu ringgit oleh kerajaan Negeri 

Terengganu dalam satu majlis sambutan untuk beliau yang diadakan di Wisma Darul Iman.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata berucap sempena majlis berkenaan.

Azizulhasni ketika ditemui turut mengucapkan terima kasih atas penghargaan Kerajaan Negeri itu.

Selain dari itu , kerajaan negeri akan memberi insentif bulanan sebanyak 2000 RINGGITkepada atlet-atlet lain yang terpilih menjadi peserta dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

0 comments:

Post a Comment